ISTANBUL - Kementerian Pertahanan Arab Saudi pada Sabtu memaklumkan bahawa ia telah memintas dan memusnahkan 51 dron di Wilayah Timur kerajaan itu, ketika negara berkenaan berdepan gelombang serangan udara yang berterusan semalaman, lapor Anadolu Ajansi.
Kementerian itu tidak menyatakan punca dron berkenaan, namun sebelum ini negara itu pernah mengecam serangan Iran yang menyasarkan negara Arab sebagai sebahagian daripada tindak balas Teheran terhadap perang Amerika Syarikat (AS)-Israel ke atas Iran.