Malaysia gesa pintu Masjid Al-Aqsa dibuka segera - PM
Iklan
Israel masih menutup pintu masjid itu, sekali gus menafikan hak umat Islam untuk beribadah di tapak ketiga paling suci dalam Islam pada penghujung Ramadan serta menjelang Aidilfitri.
KUALA LUMPUR - Malaysia menggesa agar pintu Masjid Al-Aqsa dibuka segera, sambil menyeru negara yang mempunyai pengaruh supaya tidak mengeluarkan kenyataan semata-mata sebaliknya mengambil tindakan tegas bagi memastikan umat Islam dapat menunaikan ibadah sempena Aidilfitri.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Israel masih menutup pintu masjid itu, sekali gus menafikan hak umat Islam untuk beribadah di tapak ketiga paling suci dalam Islam pada penghujung Ramadan serta menjelang Aidilfitri.
Iklan
Iklan
"Tindakan Israel tidak berlandaskan sebarang asas sah dari segi undang-undang, moral mahupun dalam apa-apa pengertian sebenar terhadap martabat insan. Penutupan berterusan Masjid Al-Aqsa tidak dapat diterima sama sekali dan jelas melanggar undang-undang antarabangsa.
"Keadaan yang berterusan mencerminkan tahap kekebalan yang semakin meningkat dari semasa ke semasa,” kata beliau dalam hantaran di Facebook pada Selasa.
Iklan
Anwar turut menzahirkan solidariti rakyat Malaysia kepada umat Islam Palestin yang menyambut Aidilfitri dalam situasi terkini.
"Buat umat Islam Palestin yang menyambut Aidilfitri dalam situasi ini: keimanan, kesabaran dan ketabahan anda dilihat. Anda tidak bersendirian. Rakyat Malaysia akan terus bersuara dan bertindak sedaya mampu,” kata Perdana Menteri. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>