Simpan duit raya demi impian sambung belajar

Iklan
Isteri Menteri Besar Perak, Datin Seri Aezer Zubin (tengah) menyantuni penghuni Asrama Budi Mulia Nurul Huda, Chemor sempena Program Sinar Syawal 2026 anjuran Yayasan Perak di Jakel Ipoh.

IPOH - Setiap sen duit raya yang diterima pada Ramadan dan Syawal kali ini membawa makna besar buat seorang penghuni Asrama Budi Mulia Nurul Huda, Chemor untuk merealisasikan impiannya menyambung pengajian.

Haris Firdaus Abdul Haqq, 15, berkata, sumbangan pelbagai pihak sepanjang Ramadan akan digunakan sebagai persediaan awal untuk melanjutkan pelajaran ke kolej vokasional.

Iklan
Iklan

"Ramadan memang bulan penuh keberkatan. Banyak pihak tampil memberi sumbangan termasuk sektor korporat dan kerajaan negeri.

Haris Firdaus

Iklan

“Duit raya yang saya dapat pun agak banyak, jadi saya simpan sebab bercadang guna untuk sambung belajar nanti. Saya nak masuk kolej vokasional dalam bidang kulinari dan cita-cita saya mahu buka kafe sendiri suatu hari nanti,” katanya.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Haji Mohd Taib itu berkata demikian ketika ditemui dalam Program Sinar Syawal 2026 anjuran Yayasan Perak di Jakel Ipoh baru-baru ini.

Iklan

Program berkenaan meraikan 40 anak yatim serta keluarga kurang berkemampuan dan turut diserikan dengan kehadiran isteri Menteri Besar Perak, Datin Seri Aezer Zubin.

Isteri Menteri Besar Perak, Datin Seri Aezer Zubin (tengah) menyantuni penghuni Asrama Budi Mulia Nurul Huda, Chemor sempena Program Sinar Syawal 2026 anjuran Yayasan Perak di Jakel Ipoh.

Pada program tersebut, Haris Firdaus berpeluang memilih sendiri pakaian raya berwarna merah jambu sebagai persiapan Aidilfitri.

"Alhamdulillah, ini baju Melayu kedua saya dapat. Raya nanti saya balik ke Sungai Buloh, Selangor, rumah nenek," katanya yang mula menetap di asrama berkenaan sejak Tingkatan Satu.

Sementara itu, Nurhawa Natasha Zainal Abidin, 15, berkata, pengalaman memilih sendiri pakaian raya memberi keterujaan tersendiri menjelang sambutan Aidilfitri.

"Saya pilih baju warna peach brown yang ada corak sakura. Seronok sangat sebab ini kali kedua saya datang ke Jakel untuk beli baju raya.

"Tahun ini saya dapat dua pasang baju raya, satu lagi daripada sumbangan pihak lain,” katanya.

Anak sulung daripada dua beradik itu memberitahu, telah menetap di Asrama Budi Mulia Nurul Huda sejak tujuh tahun lalu selepas kematian bapanya.

“Saya gembira dapat buat persiapan raya seperti orang lain. Raya nanti saya balik Taiping untuk beraya dengan mak,” katanya.

Program Sinar Syawal 2026 anjuran Yayasan Perak meraikan 40 anak yatim serta keluarga kurang berkemampuan dari Asrama Budi Mulia Nurul Huda, Chemor.

Sementara itu, Pengurus Korporat dan Perhubungan Awam Yayasan Perak, Nur Dalila Mastor berkata, program tahunan tersebut bertujuan membantu golongan berkenaan membuat persiapan Aidilfitri dengan lebih bermakna apabila mereka diberi peluang memilih sendiri pakaian raya.

"Melalui kerjasama strategik antara Yayasan Perak dan Jakel Ipoh, setiap penerima diberikan sumbangan pakaian raya bernilai RM200 seorang.

"Pendekatan ini bukan sahaja memberi bantuan berbentuk material, malah memberi pengalaman bermakna kepada anak-anak ini kerana mereka boleh memilih sendiri pakaian raya mengikut citarasa masing-masing," katanya.

Menurut Nur Dalila, Program Sinar Syawal merupakan antara inisiatif tanggungjawab sosial yang dilaksanakan secara konsisten oleh Yayasan Perak sebagai usaha memastikan kebajikan golongan memerlukan terus diberi perhatian.

Tambah beliau, komitmen untuk memperluaskan program kebajikan seumpama itu akan terus diperkukuh agar lebih ramai golongan sasar dapat dibantu pada masa hadapan.