Nenek 90 tahun diperkosa bergilir-gilir empat lelaki bertopeng

Iklan
Empat lelaki bertopeng tergamak perkosa bergilir-gilir nenek berusia 90 tahun. Gambar hiasan 123rf.

BHOPAL - Polis di India giat memburu empat individu yang tergamak memperkosa seorang warga emas berusia 90 tahun.

Menurut laporan media tempatan, mangsa sedang nyenyak tidur di rumahnya di daerah Khandwa di Madhya Pradesh apabila keempat-empat pelaku bertopeng memecah masuk dan menyerangnya ketika kejadian pada awal bulan lalu.

Iklan
Iklan

"Wanita itu kemudiannya dirogol secara bergilir-gilir. Kesemua suspek juga merancang untuk mencampakkan mangsa ke dalam perigi dengan niat mahu membunuhnya. Namun, tindakan itu tidak diteruskan kerana orang yang lalu lalang di kawasan tersebut.

"Nenek itu hanya ditinggalkan di sebuah padang sebelum mereka melarikan diri," menurut jurucakap pihak berkuasa.

Iklan

Mangsa yang cedera ditemui penduduk kampung dan dihantar pulang ke rumahnya.

Anak perempuannya yang melihat keadaan ibunya bertindak segera membuat aduan kepada polis.

Iklan

Operasi menjejaki kesemua pelaku telah dilancarkan dan ganjaran sebanyak 10,000 rupee (RM425) turut ditawarkan kepada pemberi maklumat yang membawa kepada penahanan mereka. - Agensi