PPD Johor Bahru serah rekod guru besar bantu siasatan kes pukul murid - Exco
Iklan
Laporan Sinar Harian pada Sabtu berhubung penahanan seorang guru besar bagi membantu siasatan berkaitan kes memukul seorang murid lelaki Tahun Satu di Johor Bahru pada Selasa lepas.
JOHOR BAHRU - Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Johor Bahru menyalurkan maklumat berkaitan seorang guru besar, termasuk rekod prestasi tahunan dan rekod disiplin bagi membantu siasatan berhubung dakwaan seorang murid tahun satu dipukul di sebuah sekolah di sini.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan, Aznan Tamin berkata, beberapa guru juga telah dipanggil bagi memberikan keterangan berkaitan kes yang berlaku pada Selasa lepas itu.
Iklan
Iklan
"Pihak Balai Polis Skudai juga telah hadir ke lokasi kejadian di sekolah berkenaan bagi menjalankan siasatan awal, termasuk mengambil gambar serta mendapatkan keterangan daripada saksi-saksi yang berada di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, Jabatan Pendidikan Negeri Johor turut menasihati barisan pentadbir supaya memastikan keadaan di sekolah masing-masing kekal terkawal dan kondusif, demi menjamin kelancaran sesi persekolahan serta kesejahteraan murid.
Iklan
Aznan turut menegaskan bahawa kerajaan negeri tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak dan tindakan sewajarnya akan diambil bagi menjaga integriti institusi pendidikan serta keselamatan murid di negeri ini.
Pada Sabtu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara Asisten Komisioner Radin Ramlan Radin Taha berkata, hasil siasatan mendapati kanak-kanak lelaki berkenaan dipercayai dipukul lelaki berusia 48 tahun itu semasa berada di kantin sekolah kira-kira jam 7.39 pagi, hari sama.
Iklan
Radin Ramlan berkata, suspek ditahan pada 4.55 petang hari sama dan direman tiga hari hingga Jumaat lepas bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 sebelum dibenarkan bebas dengan jaminan polis. - Bernama 
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tragedi kepala air Sungai Pertak: Empat lagi mangsa hilang ditemukan lemas"><meta itemprop="description" content="Empat lagi mangsa kejadian kepala air di Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu, ditemukan lemas pagi Selasa menjadikan lima daripada lapan mangsa yang dilaporkan dihanyutkan arus sudah dikesan setakat ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, tiga mangsa ditemukan tersekat di kawasan Jambatan Senget berhampiran Camp Site Sungai Luit kira-kira jam 9.20 pagi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803922/berita/semasa/tragedi-kepala-air-sungai-pertak-empat-lagi-mangsa-hilang-ditemukan-lemas
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KepalaAir"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-10T03:35:07.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/go7Eg1gyf3hgPjnnm/x1080"><meta itemprop="duration" content="P115S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvcii2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvcii2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvcii2"></script>