Lebih 1,000 pelindung muka diagihkan ke hospital Kedah/Perlis
Iklan
SINTOK - Pusat Pengajian Pengkomputeran Universiti Utara Malaysia (UUM) melalui MCMC-UUM MakerSpace menghasilkan lebih 1,000 pelindung muka untuk disumbangkan kepada petugas barisan hadapan di hospital yang memerlukan.
Pensyarah UUM yang juga Penyelidik MCMC-UUM MakerSpace, Ahmad Hanis Mohd Shabli berkata, inisiatif bersama lima lagi rakannya menamakan pasukan mereka sebagai Kedah Perlis 3DP Covid mencetak dan mengubah suai pelindung muka mengikut kesesuaian di hospital.