Harga RON95, RON97 turun 8 sen, diesel turun 10 sen
Iklan
KUALA LUMPUR - Harga runcit petrol RON95 dan RON97 turun 8 sen seliter, masing-masing kepada RM1.30 dan RM1.60 seliter, berkuat kuasa tengah malam ini hingga 10 April.
Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan hari ini turut memaklumkan harga runcit diesel pula turun sebanyak 10 sen seliter kepada RM1.58.