ABU DHABI - Sistem pertahanan udara Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Sabtu memintas sembilan peluru berpandu balistik dan 33 dron yang dilancarkan dari Iran, lapor Agensi Berita Emiriah (WAM).
Sejak permulaan serangan Iran, sistem pertahanan udara UAE telah memintas 294 peluru berpandu balistik, 15 peluru berpandu jenis cruise dan 1,600 dron.