ISTANBUL - Angkatan tentera Iran pada Sabtu menggesa penduduk dan pekerja supaya menjauhkan diri dari beberapa pelabuhan utama di UAE di tengah-tengah ketegangan serantau yang semakin meningkat, lapor Anadolu Ajansi yang memetik media Iran.
Dalam satu notis, pasukan tentera itu menggesa orang ramai supaya segera mengosongkan kawasan di sekitar Pelabuhan Jebel Ali, Pelabuhan Khalifa, dan Pelabuhan Fujairah, menurut agensi berita Fars.