KONFLIK berpanjangan antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran boleh mengurangkan pengeluaran minyak mentah di Asia Barat sehingga 70 peratus jika berlaku senario terburuk, menurut firma penyelidikan tenaga, Rystad Energy.
Dalam kenyataan, firma itu menjelaskan gangguan bekalan berkaitan konflik boleh mengurangkan pengeluaran rantau itu kepada kira-kira enam juta tong sehari (bpd) daripada lebih kurang 21 juta bpd sebelum krisis.