Insentif pelupusan motosikal lama perlukan kerjasama industri tempatan - Anthony
Iklan
Anthony. Foto fail Bernama
SEREMBAN - Kementerian Pengangkutan bersedia mempertimbangkan pelaksanaan insentif pelupusan motosikal lama, namun ia hanya dapat dilaksanakan sekiranya mendapat kerjasama daripada pengeluar tempatan.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, pelaksanaan program itu memerlukan penglibatan pihak industri, sama seperti inisiatif pelupusan kenderaan lama yang dilaksanakan oleh pengeluar kereta nasional seperti Proton Holdings Bhd (Proton) dan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua).
Iklan
Iklan
"Setakat ini belum ada insentif pelupusan motosikal lama ini, saya baharu menerima surat daripada Persatuan Motosikal dan Skuter Malaysia (MMSDA) tetapi pengeluar perlu ada inisiatif, mengapa kita buat program untuk kereta lama kerana ada inisiatif daripada syarikat pengeluar kereta.
"Kalau ada inisiatif daripada pihak pengeluar, syaratnya mesti pemasangan tempatan (CKD), kami tidak benarkan kenderaan import. Bantuan itu hanya diberikan kepada syarikat pengeluar tempatan… untuk motosikal, ini adalah cadangan baharu, kami tidak menolak tetapi kalau ada inisiatif daripada pengeluar tempatan, perkara ini boleh dibincangkan,” katanya.
Iklan
Terdahulu, Anthony merasmikan Kempen Keselamatan Jalan Raya Balik Kampung ke-28 'Pakai Lengkap, Balik Selamat' yang turut dihadiri Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan, Datuk Aedy Fadly Ramly di sini pada Sabtu.
Ahli Parlimen Seremban itu diminta mengulas mengenai cadangan pelupusan motosikal lama seperti dilakukan kerajaan dalam menyediakan geran padanan sehingga RM4,000 bagi menggalakkan pemilik melupuskan kenderaan lama melebihi 20 tahun yang tidak lagi ekonomik dan berisiko terhadap keselamatan.
Iklan
Sementara itu, pada program hari ini, Anthony menasihatkan penunggang motosikal supaya mengutamakan keselamatan dengan menggunakan topi keledar yang mematuhi piawaian dan tidak menunggu program penukaran topi keledar percuma untuk menggantikannya.
Beliau berkata, topi keledar adalah peralatan keselamatan paling penting bagi penunggang motosikal, namun hasil pemerhatian sepanjang penganjuran kempen penukaran topi keledar sejak beberapa tahun lepas mendapati masih banyak menggunakan topi keledar yang tidak lagi selamat.
Dalam perkembangan lain, Anthony berkata, pelaksanaan 'smart lane' atau lorong pintar di beberapa lebuh raya bertujuan mengurangkan kesesakan trafik, terutama pada waktu puncak, namun aspek keselamatan pengguna jalan raya perlu diberi perhatian.
Beliau berkata, perkara itu perlu diteliti terlebih dahulu termasuk mendapatkan data berkaitan kemalangan yang berlaku di lorong berkenaan sebelum sebarang cadangan dibawa untuk perhatian Kementerian Kerja Raya (KKR).
"Perlu lakukan kajian sebelum diangkat untuk perhatian KKR namun smart lane itu adalah bidang kuasa Lembaga Lebuh Raya, iaitu agensi di bawah KKR,” katanya. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Empat sekatan dikenakan terhadap Najib sepanjang tahanan rumah - Saifuddin Nasution"><meta itemprop="description" content="Empat sekatan dikenakan terhadap Najib sepanjang tahanan rumah - Saifuddin Nasution
Beberapa sekatan atau syarat- syarat yang dinyatakan Lembaga Pengampunan untuk dilaksanakan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menjalani baki hukuman penjara enam tahun menerusi tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, syarat-syarat itu ada empat petak iaitu sekatan tempat tinggal dan pergaulan, kawalan pergerakan dan lawatan, sekatan penggunaan telefon dan alat telekomunikasi serta kena hadir program pemulihan dan intervensi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/804240/berita/nasional/empat-sekatan-dikenakan-terhadap-najib-sepanjang-tahanan-rumah---saifuddin-nasution
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Tahananrumah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-12T04:42:00.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P208S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvvpam"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvvpam"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvvpam"></script>
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Penolakan GST bukan soal politik, kerajaan mahu utamakan kebajikan rakyat - Anwar"><meta itemprop="description" content="Penolakan GST bukan soal politik, kerajaan mahu utamakan kebajikan rakyat - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pendirian kerajaan untuk tidak memperkenalkan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bukan didorong pertimbangan politik, sebaliknya bagi memastikan sistem percukaian negara tidak membebankan rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata pelaksanaan semula GST ketika pendapatan rakyat masih rendah bukan pilihan yang wajar kerana cukai itu bersifat menyeluruh dan berpotensi meningkatkan tekanan kos sara hidup.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/804236/berita/nasional/penolakan-gst-bukan-soal-politik-kerajaan-mahu-utamakan-kebajikan-rakyat---anwar
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #GST"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-12T04:05:05.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P187S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvvhmu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvvhmu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvvhmu"></script>