Bengkel terbakar, tujuh kereta musnah sepenuhnya

Iklan
Sebanyak 12 kereta pelbagai jenis terbakar di sebuah bengkel di Jalan Gambang, pada Sabtu. Foto JBPM Pahang

KUANTAN - Sebanyak 12 kereta pelbagai jenis terbakar di sebuah bengkel di Jalan Gambang, di sini, pada Sabtu.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang memaklumkan pihaknya menerima panggilan pada jam 6.15 pagi Sabtu sebelum 15 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Indera Mahkota serta Kuantan bergegas ke lokasi kejadian.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, kebakaran melibatkan kereta yang berada di luar bengkel dan tidak melibatkan struktur premis berkenaan.

"Sebanyak tujuh kereta musnah sepenuhnya manakala lima lagi dianggarkan terbakar 20 peratus,” katanya ketika dihubungi.

Iklan

Beliau berkata, tiada mangsa terlibat dalam insiden itu dan punca kejadian serta jumlah kerugian masih dalam siasatan. - Bernama

 

Iklan