KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan empat negeri sehingga jam 12 tengah hari ini.
MetMalaysia dalam kenyataan pada Sabtu memaklumkan negeri-negeri terlibat ialah Pulau Pinang, Perak, Pahang dan Selangor.