Abang e-hailing menyorok atas siling elak dicekup khalwat bersama isteri orang
Iklan
Seorang lelaki ditahan selepas disyaki berkhalwat dengan seorang wanita yang masih berstatus isteri orang.
KLUANG – Tindakan seorang lelaki menyorok di atas siling rumah bagi mengelak dicekup penguat kuasa agama gagal apabila dia ditahan selepas disyaki berkhalwat dengan seorang wanita yang masih berstatus isteri orang pada Khamis.
Serbuan kira-kira jam 11 pagi itu dilakukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) susulan aduan awam mengenai kehadiran seorang lelaki yang kerap datang ke rumah wanita berkenaan pada waktu siang ketika suaminya bekerja dan anak-anak ke sekolah.
Iklan
Iklan
Menurut kenyataan JAINJ, sebaik tiba di lokasi, penguat kuasa mendapati hanya sebuah kereta milik wanita berusia lingkungan 30-an itu berada di dalam kawasan rumah manakala pintu pagar hadapan tidak berkunci.
“Penguat kuasa kemudian mengetuk pintu rumah beberapa kali sebelum ia dibuka oleh wanita terbabit yang memaklumkan dia berada seorang diri di rumah.
Iklan
“Bagaimanapun pemeriksaan lanjut di dalam rumah menimbulkan kecurigaan apabila terdapat lubang siling yang terbuka di salah satu bilik,” menurut kenyataan itu.
Susulan itu, seorang anggota penguat kuasa bertindak memanjat ke ruang siling menggunakan kerusi untuk membuat pemeriksaan.
Iklan
“Hasil pemeriksaan menemui seorang lelaki sedang bersembunyi di ruang siling rumah berkenaan sebelum diarahkan turun untuk siasatan lanjut,” katanya.
Siasatan mendapati lelaki berusia lingkungan 30-an itu sudah berkahwin, bekerja di sektor swasta dan melakukan kerja sambilan sebagai pemandu e-hailing, selain tinggal di daerah lain.
"Wanita berkenaan pula dipercayai sudah bersuami dan menjalankan perniagaan secara sambilan.
"Difahamkan lelaki itu meletakkan keretanya di kawasan rumah kedai kira-kira satu hingga dua kilometer dari rumah wanita berkenaan sebelum dijemput wanita itu untuk masuk ke rumah.
"Pemeriksaan lanjut di bilik utama rumah berkenaan mendapati keadaan katil tidak terurus dipercayai baru digunakan," ujarnya.
Kedua-dua mereka kemudian ditahan kerana disyaki berkhalwat mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor sebelum dibawa ke pejabat agama untuk tindakan lanjut
Kes berkenaan akan dirujuk ke Mahkamah Syariah untuk proses pendakwaan.
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.