Pempengaruh meninggal dunia selepas sakit kepala ketika live

Iklan
Sister Wang mengadu sakit kepala sebelum meninggal dunia kira-kira 10 minit kemudian. Foto Agensi

BEIJING - Seorang pempengaruh meninggal dunia selepas mengadu tidak sihat ketika sedang live.

Ibu tunggal dikenali sebagai Sister Wang dari China itu menghembuskan nafas terakhir kira-kira 10 minit setelah dia diserang sakit kepala.

Iklan
Iklan

Wanita itu dipercayai bekerja terlalu keras untuk memenuhi keperluan hidupnya.

Dia turut mempromosikan alat solek ketika bersiaran langsung dan mempunyai kumpulan peminat tetap.

Iklan

Klip yang tersebar di media sosial menunjukkan Wang menghentikan sementara live stream setelah dahinya berkerut menahan sakit.

Dia sempat meminta staf menghubungi ambulans kerana bimbang dia akan jatuh pengsan kerana turut berasa sakit dada dan belakang lehernya.

Iklan

Susulan pemergian mengejut itu, peminat dan warganet menzahirkan rasa simpati terhadap anak perempuannya yang berusia lima tahun.

Difahamkan, punca kematiannya tidak dinyatakan secara rasmi. - Agensi