Bau busuk bongkar mayat lelaki dalam apartmen

Iklan
Pasukan bomba terpaksa melakukan operasi membuka pintu jeriji besi sebuah unit apatmen sebelum menemui mayat lelaki di ruang tamu dalam kejadian di Kinarut, Papar.

PAPAR - Bau busuk yang dihidu penduduk membawa kepada penemuan mayat seorang lelaki di sebuah unit apartmen di Kinarut, dekat sini pada malam Rabu.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu, lelaki berusia 32 tahun tersebut ditemukan dalam keadaan tidak bernyawa di ruang tamu kediaman berkenaan selepas pintu rumah tersebut dibuka oleh pihak berkuasa.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Papar, Superintenden Heryan Mohd Tahir berkata, pihaknya menerima laporan daripada orang awam yang memaklumkan terdapat bau kurang menyenangkan dipercayai datang dari sebuah rumah di kawasan berkenaan.

"Susulan maklumat itu, polis dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah membuka pintu rumah terbabit yang berkunci sebelum menemui seorang lelaki dalam keadaan tidak bernyawa di ruang tamu.

Iklan

"Hasil pemeriksaan awal di tempat kejadian mendapati tiada sebarang tanda menunjukkan unsur jenayah, manakala barang-barang peribadi milik si mati masih berada di lokasi,"  katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Beliau berkata, mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Papar untuk dibedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian.

Iklan

"Setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan siasatan lanjut masih dijalankan.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan," katanya.