Konflik Asia Barat: Rusia hantar 13 tan bantuan kemanusiaan ke Iran

Iklan
Vladimir Putin. Foto AFP

MOSCOW - Kementerian Situasi Kecemasan Rusia pada Khamis memaklumkan bahawa ia telah menghantar 13 tan bantuan kemanusiaan ke Iran melalui Azerbaijan, lapor Anadolu Ajansi.

Kementerian itu dalam satu kenyataan berkata, penghantaran berkenaan yang terdiri daripada ubat-ubatan telah dihantar ke Azerbaijan sebelum dipindahkan kepada pihak berkuasa Iran.

Iklan
Iklan

Menurut kementerian itu, penghantaran bantuan berkenaan dilaksanakan atas arahan Presiden Vladimir Putin. - Bernama-Anadolu