Pulau Pinang terima lebih 1,000 rayuan semakan Cukai Tanah 2026
Iklan
Chow Kon Yeow
GEORGE TOWN – Sebanyak 1,025 rayuan berkaitan semakan Cukai Tanah 2026 telah diterima oleh semua Pejabat Daerah dan Tanah di Pulau Pinang setakat jam 9 pagi Khamis susulan pelaksanaan semakan kadar cukai tanah di negeri ini.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, rayuan tersebut diterima melalui pelbagai saluran yang disediakan bagi membolehkan pemilik tanah mendapatkan penjelasan atau mengemukakan bantahan berhubung kadar baharu yang dikenakan.
Iklan
Iklan
Menurutnya, daripada jumlah berkenaan, sebanyak 515 rayuan melibatkan kenaikan kadar cukai yang lebih tinggi berbanding sebelum semakan.
"Ia berpunca daripada pengenaan cukai berdasarkan kegunaan semasa bagi tanah First Grade, Condition A, B serta tanah yang tidak mempunyai kategori atau syarat nyata.
Iklan
"Selain itu, rayuan turut melibatkan tanah yang terkesan akibat pengkelasan (naik taraf) daripada desa kepada bandar selain kadar cukai minimum yang lebih tinggi bagi kegunaan perniagaan dan industri," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di Komtar pada Khamis.
Kon Yeow berkata, bagi menangani impak kepada pembayar cukai, kerajaan negeri mengambil kira dua pendekatan utama.
Iklan
"Pendekatan pertama ialah pemberian rebat atau diskaun cukai tanah selama tiga tahun sebelum pelaksanaan penuh semakan tersebut.
"Rebat sebanyak 50 peratus akan diberikan pada tahun 2026 bagi mengurangkan beban pembayar cukai selain mengambil kira pandangan awam yang mencadangkan sebarang kenaikan dilaksanakan secara berperingkat," ujarnya.
Tambahnya, pendekatan kedua pula adalah melalui mekanisme rayuan yang membolehkan pemilik tanah memperbetulkan sebarang kesilapan termasuk berkaitan kategori penggunaan tanah semasa.
"Dalam mempertimbangkan rayuan yang diterima, semakan cukai tanah bukan semata-mata bertujuan meningkatkan kutipan hasil selaras dengan nilai tanah semasa dan tahap pembangunan negeri.
"Sebaliknya, semakan itu juga dilaksanakan bagi membetulkan ketidakselarasan dalam geran Kelas Pertama serta menyeragamkan sistem cukai tanah di Pulau Pinang.
"Langkah tersebut dilihat penting bagi memastikan sistem percukaian tanah di negeri ini dilaksanakan secara adil, telus dan saksama kepada semua pemilik tanah," katanya.
Sebelum ini, Kon Yeow mengumumkan selepas hampir 30 tahun tidak dikaji semula, Kerajaan Pulau Pinang akan melaksanakan pewartaan kadar baharu cukai tanah bermula 1 Januari 2026 melibatkan hampir 370,000 hak milik tanah di seluruh negeri.
Menurutnya, langkah itu dibuat selepas kadar semasa yang dikuatkuasakan sejak 1994 tidak lagi relevan dan menyebabkan hasil cukai negeri tidak meningkat dalam tempoh yang panjang.
Kon Yeow berkata, peratusan kenaikan bagi kategori perumahan untuk desa berjumlah 127.27 peratus manakala bagi bandar 29.63 peratus.
Sementara bagi kategori perindustrian pula, Kon Yeow menambah, untuk bandar, kenaikan melibatkan 151.94 peratus manakala desa 200.93 peratus.
Perubahan pengurusan sejak kira-kira tiga tahun lalu berjaya mengubah wajah Blok E1 dan E2 Flat Teluk Indah, Perai apabila keadaan kebersihan, penyelenggaraan serta pengurusan parkir dilihat jauh lebih baik berbanding sebelum ini.
Namun, usaha berkenaan masih belum mampu menghapuskan sepenuhnya imej kotor yang sekian lama membelenggu kedua-dua blok tersebut apabila sikap segelintir penghuni yang tidak bertanggungjawab terus menjadi punca utama masalah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788634/edisi/utara/sikap-penghuni-terus-menjadi-musuh-utama-flat-teluk-indah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.