Arab Saudi dakwa musnahkan tiga dron sasar medan minyak Shaybah

Iklan
Tentera Arab Saudi memusnahkan tiga dron yang menyasarkan medan minyak Syahbah. Foto Agensi

ISTANBUL - Arab Saudi memaklumkan pada Khamis, pasukan tenteranya memusnahkan tiga dron yang menyasarkan medan minyak Syahbah, lapor Anadolu Ajansi.

Menurut Kementerian Pertahanan, pertahanan udara negara itu turut memintas dua dron menuju ke arah wilayah timur dan satu dron ke kawasan kedutaan di ibu negara Riyadh.

Iklan
Iklan

Sebelum ini, pihak berkuasa Arab Saudi memaklumkan 18 dron yang menyasarkan bahagian timur negara itu telah dipintas.

Kejadian itu berlaku ketika ketegangan serantau semakin meningkat sejak Israel dan Amerika Syarikat (AS) melancarkan serangan bersama ke atas Iran pada 28 Februari lalu.

Iklan

Setakat ini telah membunuh lebih 1,200 orang termasuk Pemimpin Tertinggi Iran ketika itu, Ayatollah Ali Khamenei dan mencederakan lebih 10,000 yang lain, menurut pihak berkuasa Iran.

Iran membalas dengan serangan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan Israel, Jordan, Iraq dan negara-negara Teluk yang menempatkan aset tentera AS.- Bernama-Anadolu

Iklan