PKNS sumbang RM100,000 bantu bina kompleks asrama anak yatim

Iklan
Tengku Amir Shah berkenan menyaksikan Sapna (kanan) menyerahkan simbolik cek kepada Mazlan (kiri) di Masjid Kampung Raja Uda, Klang.

KLANG – Perbadanan Kemajuan  Negeri Selangor (PKNS)  menyumbang RM100,000 bagi  menyokong pembinaan Kompleks  Asrama Anak Yatim Pulau Indah, Klang.

Majlis penyampaian sumbangan  telah disempurnakan oleh Pengurus Besar Kanan Perkhidmatan Korporat  PKNS, Sapna Turmidi kepada  Pengerusi Yayasan Islam Darul  Ehsan (YIDE) merangkap Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam  Selangor (MAIS), Tan Sri Mazlan Mansor dengan disaksikan oleh Raja  Muda Selangor, Tengku  Amir Shah di Masjid  Kampung Raja Uda, di  sini.

Iklan
Iklan

Sumbangan itu adalah sebagai tanda komitmen PKNS dalam memperkasa kemudahan asrama, Sekali gus meningkatkan kualiti prasarana bagi kegunaan anak-anak yatim.

Majlis anjuran YIDE itu  merupakan siri keempat sepanjang Ramadan tahun ini dalam usaha menyantuni golongan berkenaan.

Iklan

Sementara itu, Mazlan memaklumkan, pihaknya  komited memastikan anak-anak yatim bukan sahaja menerima bantuan kewangan, malah turut  disokong dari aspek pendidikan, pembangunan  sahsiah dan kebajikan jangka panjang.

MAZLAN

Iklan

“Ini termasuk pembangunan Kompleks Asrama Anak Yatim di Pulau Indah, Klang yang sedang giat dilaksanakan.

“Pembangunan kompleks ini telah mencapai progress 86 peratus dan memerlukan baki dana sebanyak  RM3.1 juta. Ia dijangka beroperasi sepenuhnya pada Januari 2027,” katanya ketika ditemui pada majlis berkenaan.

Pada 19 Ogos 2019, Tengku Amir Shah berkenan menyempurnakan cadangan pembangunan kompleks dan melancarkan tabung wakaf  khas bagi tujuan merealisasikan pembinaannya agar dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.

Kompleks seluas 3.47 ekar itu  dibangunkan di atas tanah wakaf oleh Central Spectrum (M) Sdn Bhd berjumlah RM5 juta. Kompleks itu akan menjadi pemangkin kearah pusat kecemerlangan bagi anak-anak yatim negeri Selangor.

REAKSI

“Alhamdulillah,  saya bersyukur  dengan  sumbangan yang  diberikan dan  akan gunakan  wang bantuan ini  untuk membeli  kelengkapan menjelang  Aidilfi tri nanti.”- Muhammad  Alexander Hanafi , 15