Premium tanah KLSCAH dilihat seperti percuma
Iklan
Muhammad Fathi (gambar kecil) berkata, kerajaan sepatutnya menetapkan kadar premium lebih munasabah dengan mengambil kira pelbagai aspek termasuk kepentingan awam, keupayaan pihak berkenaan untuk membuat pembayaran serta tujuan penggunaan tanah tersebut. Foto hiasan
SHAH ALAM - Kadar premium tanah Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) yang dikurangkan daripada RM4.67 juta kepada kadar nominal RM1,000 dilihat terlalu rendah seolah-olah tanah itu diberikan secara percuma kepada persatuan terbabit.
Pakar Perlembagaan, Profesor Madya Dr Muhammad Fathi Yusof berkata, kerajaan sepatutnya menetapkan kadar premium lebih munasabah dengan mengambil kira pelbagai aspek termasuk kepentingan awam, keupayaan pihak berkenaan untuk membuat pembayaran serta tujuan penggunaan tanah tersebut.