Misil Tomahawk jadi bukti AS bedil sekolah

Iklan
AS merupakan satu-satunya negara terlibat konflik tersebut memiliki misil cruise Tomahawk yang dilancarkan dari kapal tentera laut ke Teheran.

TEHERAN - Rakaman video terbaharu membuktikan sebuah sekolah rendah di Iran dibedil peluru berpandu dilancarkan Amerika Syarikat (AS) hingga meragut sekurang-kurangnya 175 nyawa kebanyakannya kanak-kanak.

Klip dikongsi agensi berita di Iran pada Ahad dan disahkan oleh The New York Times menunjukkan misil cruise Tomahawk disasarkan pada pangkalan dikendalikan Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) terletak bersebelahan Sekolah Shajarah Tayyebeh di bandar Minab pada 28 Februari lalu.

Iklan
Iklan

Bukti kekejaman AS yang dikumpulkan termasuk imej satelit, catatan media sosial dan video sokongan lain.

Pada Sabtu lalu, Presiden Donald Trump bagaimanapun cuba menafikan serangan tersebut malah menuding jari menyalahkan Teheran yang kononnya mengebom sekolah itu.

Iklan

AS merupakan satu-satunya negara terlibat konflik tersebut memiliki misil cruise Tomahawk yang dilancarkan dari kapal tentera laut ke Teheran ketika Operasi Epic Fury itu bermula.

Tomahawk merupakan peluru berpandu jarak jauh berketepatan tinggi dengan had jangkauan kira-kira 1,600 kilometer. Ia diprogramkan dengan pelan penerbangan spesifik sebelum dilancarkan ke atas sasaran. - Agensi

Iklan