Jenazah Syed Muhammad Naquib selamat dikebumikan

Iklan
Jenazah Allahyarham Syed Muhammad Naquib selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur jam 12.30 tengah hari pada Isnin. - FOTO: Bernama

KUALA LUMPUR - Jenazah Allahyarham Prof Diraja Tan Sri Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas yang meninggal dunia pada Ahad selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara di sini jam 12.30 tengah hari, Isnin. 

Van membawa jenazah tokoh ilmuwan dan pemikir peradaban Islam kontemporari berusia 94 tahun itu tiba di perkarangan tanah perkuburan jam 12 tengah hari.

Iklan
Iklan

Jenazah kemudian selamat dikebumikan jam 12.30 tengah hari.

Turut berkenan berangkat ke pengebumian berkenaan bersama kira-kira 200 ahli keluarga dan kenalan ialah Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Iklan

Terdahulu, jenazah disembahyangkan di Masjid al-Taqwa Taman Tun Dr Ismail (TTDI) di sini yang turut disertai oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Solat jenazah yang turut disertai beberapa Menteri Kabinet, ahli keluarga, rakan serta penduduk setempat itu diimamkan oleh anak Allahyarham Datuk Dr Syed Ali Tawfik Al-Attas.

Iklan

Syed Muhammad Naquib, pengasas dan pengarah Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (ISTAC) meninggal dunia pada 6.47 petang pada Ahad. - Bernama