Kenderaan polis berhenti di kedai mamak waktu siang dikenal pasti

Iklan
Tular rakaman video di media sosial memaparkan sebuah kenderaan milik polis melalui jalan di tengah deretan kedai sebelum berhenti di sebuah restoran mamak di kawasan Sungai Buloh.

SUNGAI BULOH – Anggota yang terbabit dalam rakaman tular memaparkan sebuah kereta peronda polis (MPV) berhenti di sebuah restoran mamak di sini pada Khamis lalu telah dikenal pasti.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, pihaknya telah mengenal pasti anggota yang terlibat dalam kejadian tersebut.

Iklan
Iklan

"Anggota terlibat telah dikenal pasti dan siasatan dalaman sedang dijalankan,” katanya ringkas dalam kenyataan pada Ahad.

Terdahulu, tular rakaman video di media sosial memaparkan sebuah kenderaan milik polis melalui jalan di tengah deretan kedai sebelum berhenti di sebuah restoran mamak.

Iklan
Iklan

Rakaman tersebut kemudiannya menimbulkan pelbagai pandangan serta persepsi awam yang rata-ratanya menggesa agar siasatan dijalankan berhubung kejadian berkenaan.