Azizulhasni rangkul emas keirin di Piala Dunia

Iklan
Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang membuktikan dirinya masih "berbisa” apabila berjaya merangkul pingat emas acara keirin pada Siri Piala Dunia Berbasikal Trek di Perth, Australia.

KUALA LUMPUR - Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang membuktikan dirinya masih"berbisa” apabila berjaya merangkul pingat emas acara keirin pada Siri Piala Dunia Berbasikal Trek di Perth, Australia, hari ini.

Pelumba yang diberi julukan"The Pocket Rocketman” itu menampilkan kayuhan bertenaga untuk mengetepikan pelumba Britain, Matthew Richardson di garisan penamat dengan catatan masa 9.862 saat (s), manakala manakala pingat gangsa menjadi milik pelumba tuan rumah Leigh Hoffman.

Iklan
Iklan

Dalam pada itu, nasib berbeza menimpa pelumba muda wanita negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri apabila terkandas di pusingan kedua dalam acara pecut individu.

Nurul Izzah ditewaskan juara Olimpik dari New Zealand Ellesse Andrews.

Iklan

Seorang lagi pelumba wanita negara Nur Alyssa Mohd. Farid pula dikecewakan pelumba China, Yuan Liying dalam acara sama di pusingan kedua. - Bernama 

 

Iklan