Tiada rundingan rasmi untuk gabungan PRN Johor setakat ini - Ahmad Maslan
Iklan
Ahmad Maslan
JOHOR BAHRU – UMNO Johor menegaskan tiada sebarang rundingan rasmi setakat ini dilakukan berkaitan pembahagian kerusi atau gabungan politik menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, tiada keputusan dibuat sama ada Barisan Nasional (BN) akan bertanding secara solo atau bersama parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan termasuk Parti Keadilan Rakyat (PKR), Amanah dan DAP.
Iklan
Iklan
“Sebarang kenyataan mengenai jumlah kerusi yang hendak ditandingi oleh parti dalam gabungan Kerajaan Perpaduan adalah hak parti masing-masing.
"Setakat ini, memang tiada rundingan atau keputusan dibuat. PRN Johor dijangka diadakan selewat-lewatnya pada April tahun hadapan,” katanya ketika ditemui pada program Moreh bersama Pemuda UMNO Bahagian Pontian di Benut, Jumaat malam.
Iklan
Pada PRN Johor 2022 lalu, BN memenangi majoriti dua pertiga dengan 40 daripada 56 kerusi. Pakatan Harapan (PH) meraih 13 kerusi manakala Perikatan Nasional (PN) menang 3 kerusi.
Sebelum ini, Amanah Johor menyasarkan 20 kerusi DUN berpotensi untuk ditandingi, manakala PKR Johor mengenal pasti 28 kerusi DUN berpotensi.
Iklan
Dalam pada itu, Ahmad yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, berkata beliau akan berbincang dengan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, sekiranya perlu diadakan pertemuan dengan parti-parti lain.
"UMNO Johor menyerahkan sebarang keputusan mengenai jajaran kerusi kepada pucuk pimpinan tertinggi parti,” ujarnya yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PN tubuh pasukan perundangan, teliti tindakan RoS"><meta itemprop="description" content="PN tubuh pasukan perundangan, teliti tindakan RoS
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Politik #PN #RoS #Perundangan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-26T07:31:16.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P26S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbd8fay"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbd8fay"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbd8fay"></script>