Iran sasar kemudahan awam di Bahrain

Iklan
Keadaan kerosakan selepas sebuah dron melanggar beberapa bangunan semasa serangan balas Iran susulan serangan Amerika Syarikat dan Israel di Manama, Bahrain pada 1 Mac 2026. Foto Agensi

ISTANBUL - Serangan oleh Iran menyasarkan kemudahan awam di ibu negara Bahrain pada Jumaat, menyebabkan kerosakan harta benda namun tiada kemalangan jiwa, menurut Kementerian Dalam Negeri negara itu, lapor Anadolu Ajansı.

Kementerian itu memaklumkan serangan di Manama menyasarkan dua hotel dan sebuah bangunan kediaman.

Iklan
Iklan

Pasukan pertahanan awam serta pihak berkuasa bertindak segera bagi mengawal kawasan yang terjejas.

Serangan itu berlaku ketika ketegangan serantau semakin memuncak susulan perang berterusan antara Israel dan Amerika Syarikat di satu pihak dengan Iran di pihak lain, yang melibatkan serangan balas peluru berpandu dan dron di beberapa bahagian Asia Barat.

Iklan

Bahrain menempatkan kemudahan penting tentera Amerika Syarikat termasuk ibu pejabat Armada Kelima AS, menjadikannya antara negara yang memantau rapat perkembangan keselamatan susulan peningkatan ketegangan di rantau itu.

Serangan itu meningkatkan kebimbangan mengenai kemungkinan tercetusnya konfrontasi serantau yang lebih meluas ketika permusuhan terus merebak di Timur Tengah. - Bernama-Anadolu

Iklan