PM Australia sahkan aset ketenteraan dikerah ke Asia Barat

Iklan
Anthony Albanese

CANBERRA - Perdana Menteri, Anthony Albanese pada Khamis mengesahkan bahawa Australia telah mengerahkan aset ketenteraan ke Asia Barat bagi membantu proses penghantaran pulang rakyatnya, lapor Xinhua.

Ketika berucap di Parlimen, Albanese berkata, kerajaan telah mengerahkan aset ketenteraan ke Asia Barat pada awal minggu ini sebagai sebahagian daripada rancangan luar jangka untuk membantu rakyat Australia yang terkandas di rantau itu susulan gangguan perjalanan meluas akibat konflik yang sedang berlaku.

Iklan
Iklan

Media tempatan melaporkan bahawa aset ketenteraan yang dikerahkan ke Asia Barat terdiri daripada sebuah pesawat pengangkut dan sebuah pesawat pengisian bahan api.

Kerajaan pada Rabu mengumumkan bahawa ia mengerahkan enam pasukan tindak balas krisis daripada Jabatan Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan ke Asia Barat bagi menyediakan bantuan konsular tambahan kepada rakyatnya.

Iklan

Australia mempunyai seramai 115,000 rakyat di Asia Barat, dengan kira-kira 24,000 berada di Emiriah Arab Bersatu, menurut laporan media tempatan. - Bernama

 

Iklan