KUALA LUMPUR - Seorang lelaki maut manakala tiga lagi cedera ringan dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta yang terbabas ke dalam gaung di Kilometer 27.4 Lebuhraya Kuala Lumpur menghala ke Karak, awal pagi ini.
Menurut Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.47 pagi sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang digerakkan ke lokasi kejadian.