Sebutan kes pecah amanah jam tangan mewah RM469,000 April depan

Iklan
Rubama hadir ke Mahkamah Sesyen Shah Alam bagi sebutan kes berkenaan pada Selasa.

SHAH ALAM - Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa diberitahu bahawa semua dokumen berkaitan kes pecah amanah membabitkan tiga jam tangan mewah mencecah RM469,000 telah diserahkan kepada pihak pembelaan, kecuali laporan polis.

Hakim, Datin Fatimah Zahari kemudiannya menetapkan sebutan semula kes dihadapi tertuduh, Rubama Arpan pada 8 April depan.

Iklan
Iklan

Pendakwa dalam kes ini dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Amir Haiqal Mohamad Adnan.

Pada 30 Januari lalu, wanita itu mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan, iaitu sebagai seorang ejen untuk menjual semula jam tangan mewah, telah diamanahkan penguasaan ke atas wang hasil jualan dua jam tangan jenama Audermars Piguet Model Royal Oak Series 150970R, Gold Master Limited Edition dan satu jam sama model 3000-000-0010-5453 milik seorang lelaki berusia 46 tahun serta syarikat.

Iklan

Dia dituduh melakukan pecah amanah jenayah ke atas wang hasil jualan tersebut dengan menyalahgunakan hasil jualan berjumlah RM 469,000 di sebuah kelab golf dan Jalan Persiaran Barat, di sini pada Ogos 2024 dan 16 Januari 2025.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara antara dua hingga 20 tahun, sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Iklan

Mahkamah membenarkan dia diikat jamin sebanyak RM30,000 dengan seorang penjamin termasuk syarat tambahan menyerahkan pasport kepada mahkamah.