Imej Ali Khamenei terkorban dimanipulasi AI

Iklan
Semakan fakta mengesahkan terdapat kesilapan ketara pada imej dan visual yang tidak konsisten.

TEHERAN - Satu medan pertempuran baharu wujud secara dalam talian melibatkan penyebaran maklumat salah serta imej dan video palsu berkaitan konflik yang sedang berlangsung di Asia Barat.

Ketika komuniti antarabangsa digemparkan oleh pembunuhan Pemimpin Agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei, ada pihak menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk memanipulasi dan menyebarkan imej kononnya menunjukkan jasad beliau ditemui dalam keadaan menyayat hati di bawah runtuhan.

Iklan
Iklan

Penyebaran gambar hasil janaan AI di platform seperti Facebook dan X itu pada mulanya mencetuskan kekeliruan kepada banyak pihak setelah tokoh tersebut disahkan terkorban dalam serangan dilancarkan Amerika Syarikat (AS) bersama Israel pada Sabtu lalu.

Menurut beberapa laporan dan semakan fakta, terdapat kesilapan ketara pada imej tersebut dan visual yang tidak konsisten seperti pencahayaan yang bukan semula jadi serta bentuk objek yang herot.

Iklan

Selain itu, Ali Khamenei dilihat mempunyai enam jari pada salah satu tangannya, kesilapan biasa dilakukan AI.

Kecacatan lain yang telah dikenal pasti ialah komponen struktur dan susunan sisa runtuhan kelihatan tidak teratur atau melengkung secara fizikal.

Iklan

Meskipun rangkaian media di Iran mengesahkan beberapa ahli keluarga Ali Khamenei turut terkorban, tiada gambar yang membuktikan laporan tersebut hingga kini.

Di samping itu, beberapa rakaman video palsu memaparkan impak serangan Teheran disahkan menggunakan klip kejadian lama atau di lokasi berbeza turut tersebar di media sosial. - Agensi