ISTANBUL - Markas Pemerintahan Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Isnin mendakwa kesemua 11 kapal Iran yang beroperasi di Teluk Oman telah dimusnahkan, lapor Anadolu Ajansi.
"Dua hari lalu, rejim Iran mempunyai 11 kapal di Teluk Oman. Hari ini, mereka tiada satu pun,” menurut CENTCOM menerusi platform X.
Markas itu menyatakan bahawa Iran telah"mengganggu dan menyerang perkapalan antarabangsa di Teluk Oman selama beberapa dekad” serta berikrar akan terus mempertahankan kebebasan pelayaran.
"Zaman itu sudah berakhir,” tambahnya.
Iran tidak mengesahkan kehilangan berkenaan.
Pengumuman itu dibuat selepas Presiden AS, Donald Trump pada Ahad berkata, sembilan kapal tentera laut Iran telah ditenggelamkan, termasuk beberapa yang disifatkannya sebagai"agak besar dan penting”, sebelum mengemas kini angka itu kepada 10 pada Isnin.
Trump turut berkata, ibu pejabat tentera laut Iran telah"sebahagian besarnya dimusnahkan”.
Kempen tentera laut itu merupakan sebahagian daripada operasi ketenteraan bersama AS-Israel yang dilancarkan pada Sabtu, yang mengorbankan beberapa pegawai kanan Iran termasuk Pemimpin Agung Ayatollah Ali Khamenei.
Iran bertindak balas dengan melancarkan serangan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan negara Teluk yang menempatkan aset ketenteraan AS. - Bernama