Lima dron dipintas berhampiran pangkalan udara Prince Sultan

Iklan
Arab Saudi berjaya memintas dan memusnahkan lima dron berhampiran Pangkalan Udara Prince Sultan - Foto: Agensi

ISTANBUL - Arab Saudi memaklumkan pada Isnin bahawa lima dron berjaya dipintas dan dimusnahkan berhampiran Pangkalan Udara Prince Sultan, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Jurucakap Kementerian Pertahanan, Turki Al-Maliki bagaimanapun tidak memberikan sebarang maklumat terperinci mengenai kecederaan atau kerosakan yang dialami.

Iklan
Iklan

Terdahulu, Kementerian Tenaga Arab Saudi menyatakan bahawa serpihan daripada pintasan dua dron telah menyebabkan kerosakan terhad di kilang penapisan minyak Ras Tanura yang terletak di pantai timur negara itu.

Insiden berkenaan berlaku susulan serangan besar-besaran yang dilancarkan oleh Amerika Syarikat (AS) dan Israel ke atas Iran pada Sabtu, yang mengorbankan beberapa pemimpin tertinggi Iran termasuk Pemimpin Agung Ayatollah Ali Khamenei.

Iklan

Sebagai tindak balas, Tehran melancarkan serangan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan Israel serta negara-negara serantau yang menempatkan aset ketenteraan AS. - Bernama

 

Iklan