Penerbangan pulang Jojo Ghazali sekeluarga dari Makkah dalam masa terdekat

Iklan
Laporan Sinar Harian berhubung Jojo terkandas di Makkah, penerbangan dibatalkan

KUALA LUMPUR - Jadual penerbangan pulang baharu bagi keluarga jaguh Muay Thai negara Johan Ghazali Zulfikar akan diketahui dua hingga tiga hari lagi.

Ibu beliau Jennana Lynn Johnson berkata, buat masa ini mereka sekeluarga menginap di hotel di Makkah dan masih menunggu maklumat terkini daripada syarikat penerbangan Malaysia Airlines.

Iklan
Iklan

"Mereka maklumkan jadual baharu akan diketahui dua tiga hari lagi. Kami semua selamat di Makkah dan kemudahan disediakan oleh pihak agensi susulan penangguhan penerbangan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, Johan atau dikenali Jojo Ghazali yang menunaikan ibadah umrah bersama keluarganya terkandas di Makkah susulan penerbangan pulang dibatalkan selepas penutupan beberapa ruang udara antarabangsa.

Iklan

Perkara itu dikongsikan sendiri Jojo menerusi hantaran di Instagram Story miliknya yang memuat naik tangkap layar emel pemakluman rasmi daripada syarikat penerbangan Malaysia Airlines berhubung status penerbangan yang telah dibatalkan.

Sementara itu, Jennana berkata, kelewatan jadual penerbangan tidak menjejaskan program latihan memandangkan atlet berusia 19 tahun itu tidak menyertai sebarang kejohanan sepanjang Ramadan.

Iklan

"Jojo cuti daripada pertandingan sepanjang Ramadan ini,” katanya. - Bernama