Amaran ribut petir di 7 negeri, KL dan Putrajaya hingga 7 malam

Iklan
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh negeri serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga jam 7 malam ini. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh negeri serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga jam 7 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan negeri-negeri terlibat ialah Kedah, Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Iklan
Iklan

Di Kedah, kawasan dijangka terjejas ialah Sik, Baling dan Kulim, manakala di Perak melibatkan Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang serta Muallim.

Di Pahang, kawasan terlibat ialah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut dan Kuantan, manakala di Selangor melibatkan Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang.

Iklan

Amaran sama turut dikeluarkan bagi Negeri Sembilan melibatkan Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin; Melaka dan Johor melibatkan Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru. - Bernama

 

Iklan