Hizbullah lancar serangan roket, dron ke atas Israel sebagai tindak balas

Iklan
Kumpulan Hizbullah. -Agensi

BEIRUT – Kumpulan bersenjata Hizbullah yang disokong Iran memaklumkan pihaknya melancarkan roket dan dron ke arah Israel lewat malam Ahad sebagai tindak balas terhadap pembunuhan pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei.

Dalam satu kenyataan pada Isnin, kumpulan itu menyatakan mereka melancarkan “bedilan peluru berpandu dan sekumpulan dron” ke atas Israel sebagai membalas “darah suci... Ayatollah Imam Sayyid Ali Al-Husseini Khamenei”.

Iklan
Iklan

Hizbullah turut menegaskan tindakan tersebut dilakukan bagi mempertahankan Lubnan dan rakyatnya, selain sebagai respons terhadap serangan berulang Israel.

Ketegangan di rantau Asia Barat terus memuncak susulan konflik yang semakin meluas melibatkan Iran, Israel dan sekutu masing-masing. — Agensi

Iklan
Iklan