Jemaah terkandas di Jeddah beli sendiri tiket penerbangan pulang

Iklan
Kira-kira 55 jemaah di bawah kendalian sebuah agensi yang menawarkan pakej umrah dilaporkan terkandas di Jeddah selepas penerbangan asal mereka pada awal pagi Sabtu dibatalkan.

KUALA LUMPUR - Sebahagian jemaah umrah warga Malaysia yang terkandas di Jeddah, Arab Saudi membeli tiket penerbangan sendiri untuk pulang ke tanah air selepas penerbangan gantian Malaysia Airlines (MAS) ditunda sekali lagi ke Rabu ini (4 Mac).

Seorang jemaah, Mohd Nasarudin Kassim, 57, berkata, jadual penerbangan MH159 yang sepatutnya berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad Bin Abdulaziz, Madinah pada 9.30 malam, esok (waktu tempatan) telah dibatalkan dan dijadualkan semula ke Rabu ini.

Iklan
Iklan

"Saya telah membeli tiket Saudi Airlines dengan bayaran sendiri untuk pulang segera dan ada juga (jemaah) lain yang turut serta,” katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Mohd Nasarudin dijadual berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz, Jeddah pada 2.15 pagi Isnin (waktu tempatan) dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 3.15 petang hari sama.

Iklan

Terdahulu, kira-kira 55 jemaah di bawah kendalian sebuah agensi yang menawarkan pakej umrah dilaporkan terkandas di Jeddah selepas penerbangan asal mereka pada awal pagi Sabtu dibatalkan.

Ketegangan di Timur Tengah meningkat apabila Amerika Syarikat (AS) dan Israel melancarkan serangan ke atas Iran pada Sabtu sebelum Iran melaksanakan serangan balas misil ke wilayah Israel serta ke kemudahan tentera AS di Timur Tengah.

Iklan

Pemimpin Agung Iran Ayatollah Ali Khamenei dilaporkan terbunuh susulan serangan pada pagi Sabtu. - Bernama