Empat pegawai kanan tentera Iran terkorban dalam serangan AS-Israel

Iklan
Angkatan tentera Iran mengesahkan empat pegawai kanan tenteranya terkorban dalam serangan AS dan Israel. Foto Agensi

ISTANBUL - Angkatan tentera Iran pada Ahad mengesahkan empat pegawai kanan tenteranya terkorban dalam serangan Amerika Syarikat (AS) dan Israel ke atas negara itu yang bermula sehari lepas, lapor Anadolu Ajansi memetik agensi berita Fars.

Menurut satu kenyataan bahawa kesemua pegawai berkenaan menjadi sasaran ketika sedang menghadiri mesyuarat Majlis Pertahanan.

Iklan
Iklan

Menurut kenyataan itu, mereka yang terkorban dalam serangan berkenaan ialah Ketua Turus Abdolrahim Mousavi, Komander Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) Mohammad Pakpour, Setiausaha Majlis Pertahanan Ali Shamkhani, dan Menteri Pertahanan serta Logistik Angkatan Tentera Aziz Nasirzadeh.

Pihak tentera memaklumkan bahawa nama komander lain yang turut terkorban akan diumumkan kemudian.

Iklan

Terdahulu, pihak berkuasa Iran telah mengesahkan kematian Shamkhani dan Pakpour.

Selain komander kanan berkenaan, Pemimpin Tertinggi  Ayatollah Ali Khamenei turut terbunuh dalam serangan itu. Susulan kejadian, tempoh berkabung selama 40 hari telah diisytiharkan dan sebuah majlis interim telah dilantik sehingga pengganti baharu dipilih. - Bernama-Anadolu

Iklan