Serpihan dron yang dipintas cederakan dua orang di Dubai

Iklan
Peluru berpandu yang dilancarkan oleh Iran berjaya dipintas dan dimusnahkan oleh sistem pertahanan di ruang udara Doha, Qatar. Foto Agensi

DUBAI - Dua orang cedera selepas serpihan daripada dron yang dipintas oleh pertahanan udara Emiriah Arab Bersatu (UAE) terjatuh ke dalam pekarangan dua rumah di Dubai, lapor Agensi Berita Emiriah (WAM).

Individu yang cedera menerima rawatan perubatan yang diperlukan.

Iklan
Iklan

Pihak berkuasa turut menjelaskan bahawa bunyi yang kedengaran di seluruh emirat itu adalah hasil daripada operasi pemintasan yang berjaya. - Bernama-WAM

 

Iklan
Iklan