Sebulan 787 kes! Pelaburan tak wujud lesapkan RM115 juta

Iklan
Antara taktik sindiket ialah meminta mangsa membuat bayaran komisen terlebih dahulu sebelum mangsa dimaklumkan bahawa wang pengeluaran telah disekat oleh Bank Negara Malaysia. Foto fail Bernama

KUALA LUMPUR - Kes penipuan pelaburan tidak wujud yang direkodkan dalam tempoh sebulan pada Januari lalu mencatatkan 787 kes dengan kerugian RM115 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, berdasarkan perbandingan dalam tempoh sama pada Januari tahun lalu, 732 kes dicacatkan dengan kerugian RM123 juta.

Iklan
Iklan

"Berlaku peningkatan kes sebanyak lapan peratus bagi tempoh terbabit.

Rusdi

Iklan

"Namun, nilai kerugian mencatatkan penurunan tujuh peratus atau RM8.4 juta," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Tambahnya, beberapa langkah untuk mengelakkan diri daripada ditipu oleh pelaburan tidak wujud, antaranya menyemak kelayakan pemberi pinjaman, berhati-hati dengan tawaran yang terlalu baik dan jangan bayar wang pendahuluan.

Iklan

Kata Rusdi, selain itu periksa ulasan dan maklumat latar belakang, elakkan berkongsi maklumat peribadi secara terbuka serta membaca terma dengan teliti.

"Usah mudah terpedaya dengan iklan 'kelas belajar pelaburan percuma' di media sosial.

"Antara taktik sindiket ialah meminta mangsa membuat bayaran komisen terlebih dahulu sebelum mangsa dimaklumkan bahawa wang pengeluaran telah disekat oleh Bank Negara Malaysia.

"Mangsa kemudian diarahkan untuk membayar cukai tertentu sebelum menyedari diri tertipu," ujarnya.

Jelas beliau, masyarakat diingatkan untuk membuat semakan di portal rasmi semakmule.rmp.gov.my sebelum membuat sebarang transaksi selain merujuk senarai 'Top Ten' yang mana JSJK mengemas kini senarai syarikat yang paling kerap dilaporkan sebagai pemilik akaun bank penipu.

"Berdasarkan rekod, banyak syarikat berunsur perniagaan renovasi, pembinaan dan perdagangan dikesan sebagai akaun keldai.

"Pelaburan yang sah tidak akan meminta anda memindahkan wang ke akaun syarikat pihak ketiga atau individu yang tidak dikenali melalui aplikasi sembang," ujarnya.

Tambahnya, hubungi Pusat Respon Penipuan Kebangsaan (NSRC) di talian 997 segera selepas menyedari dipersaya dan baharu melakukan transaksi ke akaun bank scammer.