MERSING - Seorang nelayan membeli barangan keperluan asas dengan harga RM1 sempena Program Paso Singgit Nelayan Daerah Mersing di Kompleks Pendaratan Ikan LKIM Mersing, di sini.
Program berkenaan merupakan inisiatif kebajikan bagi membantu golongan nelayan yang memerlukan di sekitar daerah Mersing, sebagai usaha meringankan beban kos sara hidup selain menyokong kesejahteraan komuniti setempat.