BAITULMAQDIS - Pasukan pendudukan Israel pada Sabtu menghalang jemaah daripada menunaikan solat isyak dan tarawih di pekarangan Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis yang diduduki, lapor Agensi Berita dan Info Palestin (WAFA).
Rakaman video yang dikeluarkan oleh Pejabat Gabenor Baitulmaqdis menunjukkan pekarangan masjid kosong tanpa jemaah pada malam Sabtu. Pasukan Israel sebelum itu telah menutup tapak berkenaan pada waktu pagi dan memaksa jemaah supaya beredar.