Lelaki terperangkap dalam 'pasir jerlus' selama beberapa hari

Iklan
Seorang lelaki yang dilaporkan hilang pada Hari Valentine berjaya diselamatkan pada Khamis lalu, selepas terperangkap sehingga paras bahu dalam 'pasir jerlus' tanpa makanan atau air selama beberapa hari.

FLORIDA - Seorang lelaki Florida yang dilaporkan hilang pada Hari Valentine berjaya diselamatkan pada Khamis lalu, selepas terperangkap sehingga paras bahu dalam 'pasir jerlus' tanpa makanan atau air selama beberapa hari, ketika suhu sekitar menurun sehingga paras beku.

Menurut Pejabat Sheriff Putnam County, mangsa, Andrew Giddens, 36, dari Jacksonville, ditemui di kawasan milik Vulcan Materials Company di timur Melrose.

Iklan
Iklan

Keluarga Giddens tidak melihatnya sejak 14 Februari dan membuat laporan orang hilang, selepas beliau mengalami kemurungan akibat perpisahan baru-baru ini.

Pejabat sheriff berkata bahawa pada Khamis, Giddens ditemui tenggelam sehingga paras bahu menyebabkan beliau hampir tidak kelihatan.

Iklan

Bomba Palatka memaklumkan di Facebook bahawa:"Beliau telah terperangkap dalam lumpur selama beberapa hari tanpa makanan atau air, sementara kawasan itu menghadapi suhu sejuk beku."

Video kejadian menunjukkan anggota penyelamat pada mulanya cuba menarik Giddens menggunakan tali, kemudian menggunakan tangga, palet, papan kayu dan peralatan lain untuk menggali dan membebaskannya.

Iklan

Proses penyelamatan mengambil masa lebih dua jam, dan beliau akhirnya diselamatkan pada pukul 8:30 malam waktu tempatan.

Mangsa dapat bercakap dengan penyelamat tetapi terus dibawa dengan helikopter ambulans ke pusat trauma dalam keadaan kritikal.

Beberapa jabatan penyelamat terlibat dalam operasi ini termasuk Putnam County Fire Rescue, Palatka Fire Department, Melrose Fire Department dan Clay County Fire Rescue.

Pejabat sheriff menegaskan mereka tidak akan mengenakan pertuduhan menceroboh kerana keadaan kesihatan mental Giddens.

Mereka menambah:"Kami berharap beliau dapat pulih daripada pengalaman ini secara fizikal dan mental. Kami juga meminta ahli keluarga dan rakan untuk terus memeriksa orang tersayang, terutamanya semasa waktu tekanan dan kebimbangan tinggi."-Agensi