GEORGE TOWN - Persatuan Penduduk Kejiranan Gelugor, Pulau Pinang membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan isu tanah kerajaan di sebuah lot di Bandar Gelugor di sini yang disyaki melibatkan salah guna kuasa dan rasuah.
Ahli Jawatankuasa Penduduk Kejiranan Gelugor, Mohamad Yazid hussain berkata, pihaknya mengesyaki berlaku salah guna kuasa atau rasuah oleh pihak berkuasa negeri dalam pemberian tanah tersebut kepada sebuah syarikat untuk memajukannya sedangkan kegunaan asal tanah itu bagi menara telekomunikasi.