SPRM kesan empat anak Daim Zainuddin bantu siasatan

Iklan
SPRM sedang mengesan empat anak kepada bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin bagi membantu siasatan kes.

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan empat anak kepada bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin bagi membantu siasatan kes.

Mereka ialah Asnida, Md Wira Dani, Muhammed Amir Zainuddin serta Muhammed Amin Zainuddin.

Iklan
Iklan

SPRM dalam kenyataan berkata, alamat terakhir Asnida ialah di Country Heights, Kajang; manakala Md Wira Dani pula dengan alamat terakhir di Taman Melawati, Ulu Klang, Kuala Lumpur.

Tambahnya, Muhammed Amir Zainuddin pula mempunyai alamat terakhir di Bukit Tunku, Kuala Lumpur.

Iklan

"Alamat terakhir bagi individu keempat iaitu Muhammed Amin Zainuddin ialah di Bukit Tunku, Kuala Lumpur," ujarnya.

Jelasnya, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai individu terbabit diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Mohamad Daeem Mohd Ali di talian 017-9127217 atau emel kepada mohamad.daeem@sprm.gov.my.

Iklan

"Pegawai Penyiasat lain ialah Ahmad Aiman Ramly di talian 011-61930814 atau emel kepada ahmad.aiman@sprm.gov.my, Muhamad Ridhwan Mat Hussain di talian 019-9895174 atau emel kepada ridhwan.hussain@sprm.gov.my dan Hardiansyah Ismail di talian 013-5639147 atau emel kepada hardiansyah@sprm.gov.my," ujarnya.

Pada Januari 2024, Daim memohon kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman dan mengarahkan SPRM menghentikan penyiasatan terhadapnya, isteri serta empat anak termasuk Ilham Tower Sdn Bhd mengaitkan kes rasuah dan pengubahan wang haram.

Selain Daim, isterinya, Toh Puan Na'imah Abdul Khalid dan empat anak, Asnida, Md Wira Dani, Muhammed Amir Zainuddin, Muhammed Amin Zainuddin serta lham Tower selaku pemohon pertama hingga ketujuh turut memfailkan permohonan sama menerusi Tetuan Tommy Thomas.

Menerusi laporan media pada Julai tahun lalu, SPRM telah menyita dan melucut hak aset yang dikaitkan dengan Daim Zainuddin, isteri, ahli keluarga serta sekutunya bernilai lebih RM3 bilion.

SPRM dalam kenyataan berkata, suruhanjaya telah mengenal pasti pemilikan aset-aset luar biasa di 11 buah negara iaitu United Kingdom, Amerika Syarikat, Switzerland, Singapura, British Virgin Islands, Kepulauan Cayman, Jersey, Itali, Jepun, Indonesia dan beberapa negara di benua Afrika dengan anggaran nilai melebihi RM3 bilion.