KUALA LUMPUR - Tindakan pantas tujuh pemuda yang terjun ke dalam tasik bagi menyelamatkan seorang ibu serta dua anak kecil yang terlibat dalam nahas di Tasik Biru, Kundang dekat sini, Isnin lepas, mendapat perhatian dan pujian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menerusi hantaran di Facebook, beliau menzahirkan rasa tersentuh dan penghargaan atas tindakan nekad pemuda berkenaan yang sanggup mempertaruhkan keselamatan diri demi menyelamatkan tiga nyawa.