Pesara PBT Pulau Pinang direman disyaki salah guna kuasa

Iklan
Suspek lelaki berusia lingkungan 50-an ditahan kira-kira jam 1 tengah hari semalam ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Pulau Pinang. Foto hiasan

GEORGE TOWN - Seorang pesara pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri ditahan reman kerana disyaki menyalahgunakan kedudukan dengan memberi kerja pembaikan dan penyelenggaraan kenderaan pejabat kepada syarikat milik isterinya, dua tahun lepas.

Majistret Nur Fadrina Zulkhairi mengeluarkan perintah reman sehingga 1 Mac selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu.

Iklan
Iklan

Sumber berkata, suspek lelaki berusia lingkungan 50-an ditahan kira-kira jam 1 tengah hari semalam ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Pulau Pinang.

"Siasatan awal mendapati suspek melakukan perbuatan itu pada 2024 apabila menggunakan kedudukannya melantik syarikat isterinya untuk pembaikan dan penyelenggaraan kenderaan pejabat tempatnya bekerja dengan jumlah kira-kira RM700,000,” katanya.

Iklan

Sementara itu, Pengarah SPRM Pulau Pinang, Datuk Karunanithy Subbiah ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Beliau berkata, siasatan diteruskan termasuk penelitian dokumen kontrak dan aliran kewangan berkaitan bagi melengkapkan kertas siasatan sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya. - Bernama

Iklan