Singapura tahan dua rakyat Malaysia selepas elak pemeriksaan, rampas dadah
Iklan
Pihak berkuasa Singapura menahan dua lelaki rakyat Malaysia yang menaiki sebuah kereta berdaftar di Malaysia selepas cuba mengelak pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Tuas. Foto hiasan
SINGAPURA - Pihak berkuasa Singapura menahan dua lelaki rakyat Malaysia yang menaiki sebuah kereta berdaftar di Malaysia selepas cuba mengelak pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Tuas, menurut Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA).
ICA memaklumkan kedua-dua individu itu ditahan pada 22 Februari lalu selepas kenderaan berkenaan memecut melalui satu lorong dan merosakkan palang penghadang di zon ketibaan kargo, selepas ia masuk semula ke Pusat Pemeriksaan Tuas susulan cubaan terdahulu yang gagal pada hari sama.
Iklan
Iklan
Menurut ICA, pegawai segera mengepung kenderaan itu dan menahan pemandu berusia 40 tahun serta penumpang berusia 53 tahun, dengan tiada sebarang kecederaan dilaporkan.
"Sejumlah kira-kira 97 gram (g) heroin, 69 g"ice”, tiga biji pil Erimin-5, 27 pil dipercayai mengandungi dadah terkawal serta pelbagai peralatan dadah ditemukan pada pemandu dan di dalam sebuah beg kecil di bawah tempat duduk penumpang hadapan.”
Iklan
"Pemandu itu juga tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah ketika kejadian,” menurut ICA dalam satu kenyataan pada Rabu.
Menurut ICA, kedua-dua lelaki itu kemudiannya diserahkan kepada Biro Narkotik Pusat bagi siasatan berkaitan kesalahan dadah.
Iklan
Pemandu berkenaan turut disiasat atas pelbagai kesalahan imigresen serta oleh Polis Trafik kerana memandu secara melulu dan kesalahan lalu lintas lain, tambahnya. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tragedi kepala air Sungai Pertak: Empat lagi mangsa hilang ditemukan lemas"><meta itemprop="description" content="Empat lagi mangsa kejadian kepala air di Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu, ditemukan lemas pagi Selasa menjadikan lima daripada lapan mangsa yang dilaporkan dihanyutkan arus sudah dikesan setakat ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, tiga mangsa ditemukan tersekat di kawasan Jambatan Senget berhampiran Camp Site Sungai Luit kira-kira jam 9.20 pagi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803922/berita/semasa/tragedi-kepala-air-sungai-pertak-empat-lagi-mangsa-hilang-ditemukan-lemas
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KepalaAir"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-10T03:35:07.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/go7Eg1gyf3hgPjnnm/x1080"><meta itemprop="duration" content="P115S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvcii2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvcii2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvcii2"></script>