Tarawih kilat: 23 rakaat dalam masa enam minit

Iklan
Pihak pesantren memastikan seluruh rukun dan gerakan solat tetap dijalankan mengikut syariat ditetapkan.

INDRAMAYU - Solat tarawih kilat sinonim dengan jemaah di Indonesia.

Salah satunya di di Pondok Pesantren Al-Qur'aniyah, Desa Dukuh Jati, Kecamatan Krangkeng, Kabupaten Indramayu.

Iklan
Iklan

Para jemaah di pesantren tersebut menunaikan tarawih 23 rakaat dalam tempoh singkat kira-kira enam minit.

Tradisi tarawih kilat tersebut telah diamalkan selama 17 tahun dan menjadi agenda khas setiap bulan suci.

Iklan

Meskipun dilaksanakan dalam tempoh pendek, pihak pesantren memastikan seluruh rukun dan gerakan solat tetap dijalankan mengikut syariat ditetapkan.

Ketua Yayasan Ponpes Al-Qur'aniyah, KH Azun Mauzun, menjelaskan bahwa durasi yang singkat dilakukan dengan menitikberatkan pada rukun-rukun wajib solat.

Iklan

"Bacaan yang digunakan merupakan surah-surah pendek yang tetap dibaca dengan kaedah tajwid yang betul.

"Tarawih kilat ini sudah menjadi tradisi turun-temurun. Setiap tahun kami akan pastikan ia tidak lebih daripada tujuh minit. Ia sudah menjadi identiti pesantren ini," ujarnya.

Pihak pesantren menekankan solat lima waktu bagaimanapun tetap dilaksanakan mengikut durasi biasa. - Agensi