'Kali ini saya tak kuat' - Amyza Aznan

Iklan
Pemergian Andre Mikhail nyata meninggalkan kesan mendalam buat Amyza Aznan.

“Kali ini saya tak kuat. Saya tak tahu bila saya akan kuat".

Demikian luahan pilu pelakon Amyza Aznan susulan pemergian anak sulungnya, Andre Mikhail Khairil Izhar, malam tadi, satu kehilangan yang disifatkannya sebagai ujian paling berat dalam hidupnya sebagai seorang ibu.

Iklan
Iklan

Dalam temu ramah bersama media, Amyza secara terbuka mengakui dia masih belum mampu menerima hakikat pemergian anak lelakinya itu.

“Saya terlalu takut kerana dalam hidup saya ini, apa yang saya buat semua anak, anak, anak. Semua anak,” kongsinya dalam nada sebak.

Iklan

Menerusi hantaran di Instagram pula, ibu kepada tiga cahaya mata itu menitipkan doa buat Allahyarham.

“Semoga syurga tempatmu anak Andre Mikhail Khairil Izhar,” tulisnya.

Iklan

Andre Mikhail menghembuskan nafas terakhir kira-kira 10.15 malam, Isnin akibat kanser paru-paru tahap empat.

Jenazah Allahyarham terdahulu dibawa ke Masjid Al-Khairiah AU3 Keramat dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Ukay Perdana, Ampang, Selangor pada jam 10.30 pagi. -  Sinarplus